Hari ni saya nak bagi resepi Kebab Kentang. Kenapa kebab kentang dan bukan daging atau kebab ayam? Sebabnya adalah saya tak ade daging atau ayam and only potatoes, yes potatoes. Kalau nak bagi lebih specific, ia adalah french fries yang dimasukkan dalam roti kebab.
Step yang pertama ialah---->
Goreng kentang! haha senangkan step pertama ni?
Ok, now to step 2---->
Potong bawang dan bawang putih, cara nak potong ikut suka. Saya potong macam ni sebab saya malas nak potong macam-macam gaya.
Step 3----->
selepas kentang dimasak dan bawang dipotong, tiba masanya untuk masak sos dia, bhan2 untuk sos adalah,
-sos tiram
-lada hitam
-kicap
-lada sulah
-gula secukup rasa
-garam secukup rasa
-bawang merah
-bawang putih
-air
cara membuatnya adalah seperti demikian----->
-mula2 tumiskan bawang sehingga naik bau tapi jangan sampai hangus nanti bawang jadi pahit x sedap pulak nanti.
-lepas tu masukkan sos tiram dan kicap dan kacau tpi jangan lama, lepas dah nampak macam semua dah sebati tambahkan air, jangan banyak dan jangan sikit
-kacau dan masukkan gula dan garam serta lada hitam dan lada sulah. kalau na pedas isi banyak2 lada hitam kalau x nak isi lada hitam sekadar untuk menyedapkan sahaja.
*kalau nak sos pekat isi tepung jagung.
sekarang ini roti pula---->
roti ni beli kat kedai je tak buat saya tak reti nak buat roti...
Roti ni hangus sikit sebab roti ni memang cepat kalau letak dalam kuali kena terus tebalikkan dan jangan sesekali letak minyak.
Hasil akhirnya ialah.......>..>>>>....>
Inilah dia, Kebab Kentang bersama sos lada hitam tiram!
Saya kat kampung mum saya dekat pahang, pahang mana? tak boleh bagi tahu.
Sila cuba resepi ini untuk sesiapa yang tak cukup bahan untuk buat kebab ayam or daging.
No comments:
Post a Comment